2021: Photos of the year

Jendela tahun 2021 dimulai dengan perkhabaran gembira akan kehadiran vaksin ke Malaysia dan membawa sekali harapan bahawa semuanya akan kembali  seperti sedia kala selepas rakyat Malaysia menempuhi tahun pandemik yang amat sukar. Seballiknya tahun ini disambut dengan musim banjir di negeri pantai timur yang saban tahun menghantui kehidupan rakyat tempatan disana.  Drama politik, demokrasi ditekan dan perubahan iklim yang membimbangkan terus dihimpunkan dalam suatu tahun sementara angka mangsa dan kematian wabak Covid-19 terus meningkat. Beribu-ribu nyawa yang dapat diselamatkan dengan berjayanya mencapai imuniti kelompok tetapi keghairahan masyarakat dunia menjalankan kehidupan seperti biasa demi mencipta suatu tahun yang memberi harapan berakhir dengan pelbagai ciptaan varian baharu sekali lagi.

Ini merupakan konklusi di tahun 2021 dengan disusun secara visual dan menggunakan bahasa universal, fotografi yang lebih dekat dengan masyarakat pada hari ini.

Detik ini telah menolak naik bahasa komunikasi visual yang sangat bermakna. Risiko dan kepayahan yang dihadapi oleh fotografer menunjukkan bertapa keghairahan mereka dalam merakam sejarah dunia untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Disaat ada yang perlu bekerja daripada rumah atau menjaga jarak, fotografer tidak mempunyai banyak pilihan. 

Fotografer perlu ada dilapangan untuk mendapatkan visual, melakukan kerja mereka dan menjadi saksi secara langsung dalam setiap benda yang berlaku di negara ini. Mereka perlu berada ditengah-tengah para pendemostrasi, merasai kesedihan kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 di tanah perkuburan , dihadapan pintu Istana sewaktu konflik politik, mengharungi banjir dan hujan lebat yang berlaku di Lembah Kelang. Komitmen dan keberanian mereka sewajarnya dipandang dan diberi pujian.

Fotografer telah memberi ruang dan mengizikan kita memahami dunia daripada kaca lensa mereka. Masyarakat berkesempatan merasai bagaimana rasanya berada ditempat privasi, tempat yang terpencil dan sukar untuk diakses.

Kebiasaanya fotografer bukanlah individu yang sering kita lihat atau kenali tetapi koleksi ini bertujuan meletakkan suatu tanda aras suara mereka ditengah-tengah perbualan imbasan semula apa yang berlaku di tahun 2021. Walaupun ianya hanyalah acara tahunan The Biddy’s, ia juga suatu merupakan penghormatan kepada mereka.

Terima kasih tidak terhingga atas kontribusi dan sumbangan kalian untuk 2021: Photos of Year. The Biddy’s memohon maaf atas kelewatan menerbitkan entri kali ini. Kami akan mengumukan 5 keping foto menarik yang telah dipilih untuk diberikan token apresiasi dalam masa terdekat. 

Terima kasih juga kerana terus menyokong industri fotografi tanah air!

Semua hak cipta dan pemilikan setiap foto dipegang oleh fotografer tersebut atau syarikat tempat fotografer tersebut bekerja. Kesemua gambar adalah tujuan untuk dipamerkan sebagai portfolio.

community

thebiddysphoto@gmail.com

to contact the office or individual photographers.

Follow Us on:

the biddy’s photo

The Biddy’s is a collective work uniting emerging Malaysian photojournalists. Formed in 2013, The Biddy’s started out as a group of photojournalists from various media organisations in the Klang Valley.  The Biddy’s serves as a platform to showcase published and unpublished works of these young talents ranging from various topics; politics, arts, culture, life and more. Through our lens, we hope to capture, document and share our stories and perspectives to the world, hoping for a better insight for years to come.

sign up for our newsletter