Di Pulau Lembungan atau dikenali nusa lembungan merupakan pulau yang berhampiran dengan Bali. Dengan mempunyai penduduk sebanyak 4000 orang kebanyakan masyarakat disini mengamalkan agama hindu Bali, masih mengamalkan tradisi sabung ayam yang merupakan tradisi tertua sejak zaman hindu Bali. Sabung ayam merupakan aktiviti hiburan dikenal dengan istilah tajen yang berasal dari kata taji yang bermaksud pisau kecil. Taji atau pisau kecil inilah yang akan dipasang pada kaki ayam sebelum acara sabung ayam bermula. Berbeza dengan sabung ayam di kawasan lain yang biasanya hanya berperanan sebagai hiburan dan berjudian, sabung ayam di Bali berperanan dalam upacara keagamaan yang dikenal dengan nama tabuh rah ( pertumpahan darah ) untuk memberi persembahan darah ayam kepada roh – roh jahat namun terdapat unsur perjudian ketika upacara tersebut. Menurut agama hindu bali sabung ayam berbentuk perjudiaan tidak dibenarkan. Pada tahun 1981 kerajaan Indonesia telah mengharamkan perjudian sabung ayam namun bagi melakukan upacara keagamaan sabung ayam dalam agama hindu bali tetap dilindungi.