JOKI KONGSI PETUA JINAK DAN PACU KUDA

Oleh : Hafzi Mohamed

KOTA BHARU, 15 Feb (Bernama) — “Kuda, jika kita dapat naik ke atas belakangnya, kita adalah raja”. Mohd Nasrizi Mohd Nawi, seorang joki berkongsi pengalamannya menjinakkan haiwan tersebut sehingga mampu menjadi kuda lumba.

Berasal dari Kampung Taman Buaya, Pantai Cahaya Bulan di sini, beliau bagaimanapun berkata bukan mudah untuk menjinakkan seseekor kuda malah lebih sukar lagi untuk memacunya.

“Bagi membolehkan kuda itu memecut dengan laju, kuda dan joki harus mempunyai hubungan yang baik, interaksi disertakan dengan sentuhan membolehkan kuda memahami naluri penunggangnya,” katanya ketika diwawancara Bernama di sini baru-baru ini.

Mohd Nasrizi, 31, yang lebih dikenali dengan panggilan Jiey kini memiliki dua ekor kuda kacukan Kelantan.

Beliau yang terlibat dalam melatih kuda sejak berumur 13 tahun berkata jika seseorang itu sering bercakap dengan kuda peliharaannya, haiwan itu akan faham malah bau tuannya pun kuda itu boleh kenal.

Memelihara kuda adalah sebahagian daripada tradisi rakyat di Kelantan dan pemiliknya bukan sahaja golongan mewah tetapi juga nelayan dan petani.

Namun ia bukan berteraskan perniagaan atau kegunaannya tetapi sekadar untuk mereka mengisi masa lapang.

Kerap kelihatan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan tanpa berkasut menyusuri pantai atau merentas desa dalam keadaan santai.

Suasana ini dapat dilihat antaranya di lokasi tumpuan pelancong seperti di Pantai Cahaya Bulan di sini, Pantai Irama di Bachok dan Pantai Sri Tujuh di Tumpat.

Kelantan terkenal dengan pertandingan tradisi, antaranya yang sinonim di mata masyarakat ialah perlumbaan kuda di mana joki yang menunggang kuda tersebut tidak menggunakan pelana dan ini menjadikan perlumbaan kuda itu lebih unik.

UNTUK BERITA PENUH SILA LAYARI : http://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1694756

— BERNAMA