Gua Batu Maloi

by Hafizi Mohamed

Gua Batu Maloi yang terletak di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin menampilkan corak kehidupan masyarakat Orang Asli yang masih dikekalkan sehingga kini. Eksplorasi gua sepanjang 500 meter mempunyai 24 perhentian dan laluan yang sangat ekstrem. Ia mengambil masa selama 4 jam perjalanan melintasi 3 gua utama iaitu Gua Kelawar, Gua Perahu dan Gua Patung Budha. Setiap gua yang dilalui mempunyai flora dan fauna dengan artifak yang ditinggalkan oleh masyarakat Maloi dan cerita mitosnya tersendiri. Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat jati diri dan kerjasama berpasukan dengan menitik beratkan aspek-aspek keselamatan. Disamping itu juga, aktiviti lasak dan mencabar semakin menjadi perhatian masyarakat Malaysia khususnya golongan belia yang selari dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat yang cergas daripada segi fizikal dan mental.