Lorongan Bauksit

by Farizul Hafiz Awang

Sejak tahun 2014, penduduk sekitar Bandar Kuantan terjejas akibat perlombongan bauksit. Turut menambah masalah ini apabila ada segilintir pihak yang tamak melombong bauksit secara haram. Malaysia telah mengeksport hampir sejuta tan bauksit dan jumlah ini meningkat secara drastik kepada 20 juta tan untuk tahun 2015 berikutan permintaan tinggi dari Negara China. Impak negatif perlombongan bauksit terhadap alam sekitar pula bukan sekadar membahayakan kesihatan masyarakat setempat, malah juga memberi kesan kepada ekonomi. Para nelayan menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perikanan kerana pencemaran air yang disebabkan bahan logam ini.