I’m ajeerah, i’m fighting austism

by Farizul Hafiz Awang

Sukar untuk membezakan dari segi fizikal pesakit autisma, Ajeerah Zaharudie 13 yang merupakan seorang ceria serta sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun pada usianya 8 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Austism Spectrum disoder. Sejak demikian, ibu dan bapanya nekad untuk membantu Ajeerah untuk pulih supaya boleh berdikari serta bercampur bersama masyarakat luar. Pelbagai terapi yang dijalankan, antaranya berenang, memanah, menari, menunggang kuda serta terapi urutan. Selepas lima tahun Ajeerah menjalankan terapi tersebut, kini Ajeerah sudah menunjukkan perkembangan positif dan pulih daripada sindrom Autisma.