“Pemicu anestesi”- fotografi, diaspal

kotaraya Kuala Lumpur

Minat memotret tanpa sedar kehidupan warga Kuala Lumpur dan juga spektrum warna-warni budaya masyarakat Malaysia menjadi pendorong anak kelahiran Tangkak, Johor terlibat dalam genre ‘Street Photography’. Kerjayanya sebagai jurutera pengangkutan awam di ibukota sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk mencari waktu dan ruang dihujung minggu bersama kenalan memicit tombol ‘shutter’. Mempunyai pengalaman mengendalikan digital dan kamera analog, cabaran berbeza dihadapi beliau terutama dalam medium kamera analog.

  1. Boleh anda ceritakan serba sedikit latar belakang diri anda?

Amirul Johari. Lahir di Tangkak, dan membesar di Balakong. Seorang dewasa yang masih terperangkap dalam tubuh badan remaja.

Kerja sepenuh masa jurutera pengangkutan awam. Hobi sepenuh masa dan “pemicu anestesi” – fotografi, diaspal kotaraya Kuala Lumpur dan spektrum penuh warna warni budaya Malaysia.

  1. Bagaimanakah tercetusnya minat terhadap seni fotografi? Dan mengapakah ’Street photography’

Sedari remaja, memang sudah ada timbul minat pada fotografi, tetapi kekangan kewangan jadi penghalang. Apabila sudah kerja, tiga bulan gaji pertama saya simpan untuk beli kamera.

Dari situ pelbagai jenis gambar ‘rawak’ dan genre fotografi sudah saya cuba, dan hanya ‘street photography’ melekat hingga sekarang, atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu tak putus – putus dari Che Wan Zuharuddin.

 

  1. Kenapa “Street Photography”?

Bagi saya, genre ‘street photography’ itu sendiri cuba menunjukkan pada khalayak awam yang apa mereka terlepas dalam kehidupan seharian, dan pada sekitarnya sentiasa berhubungan antara satu sama lain tanpa sedar.

‘Street Photography’ juga antara genre yang agak sukar, sekurangnya bagi saya. ‘Art of seeing’ yang perlu dilatih berkali dengan disulam ketangkasan jurugambar mengendali kamera mereka antara skill perlu dikembangkan dalam ‘street photography’.

Pelbagai kebudayaan dari berbilang kaum saya dapat tahu juga apabila berada dalam dunia “street photography”. Saya banyak meraikan warna warni budaya dalam bentuk olahan gambar yang kami cuba tunjukkan. 

 

  1. Didalam ’Street photography’ siapakah yang sering menjadi ikon ataupun rujukan oleh anda?

Adanya jurugambar luar (tidak tertakluk pada street photography), seperti Daniel Arnold — yang buatkan saya main filem dengan flash! , Franco Fontana – vivid color surreal landscape, Wiliam Klien – fashion + street in New York, Trent Parke – video dia sangat contagious, penuh passion menceritakan projek fotonya ; semua rujukan saya pin point kepada Che Wan Zuharuddin.

  1. Elemen yang sering anda titik beratkan dalam penghasilan sekeping foto Street ?

Saya merindui shoot dalam khalayak ramai, lagi lagi dalam perayaan kebudayaan, sambutan tahun baru dan event di Kuala Lumpur. Disitu banyak peluang untuk merakam gambar menarik terhidang merentasi pelbagai elemen.

Apabila keluar untuk shoot, saya jarang menetapkan suatu tema atau elemen. Apa saja terhidang, akan saya sedaya rakamkan dengan kesesuaian persekitatan, cuaca, dan komposisi foto.

 

  1. Apakah yang anda ingin penonton merasai ketika melihat foto anda?

Saya tak menetapkan apa apa jangkaan pada penonton sebab tiap tiap orang ada interpertasi tersendiri. Akan tetapi, kalau ada yang faham apa yang saya nak sampaikan, saya sangat bersyukur.

 

  1. Zaman analog kamera boleh dilihat sedang kembali meningkat naik. Apa komen anda sebagai salah seorang fotografer yang mengunakan kamera filem.

Pengalaman saya selama setahun menggunakan medium analog – hanya 35mm dari Point and Shoot , SLR , hinggalah rangefinder; style saya shoot masih sama, cuma dengan hard mode – kena pandai baca cahaya, manual fokus yang lama lama saya dapat sesuaikan.

Tiada istilah slow down, selagi apa yang berlaku adalah bermakna untuk dirakam, selagi itu saya masih menekan shutter, frame ke frame hingga tak sedar dah habis 1 roll!  Analog kamera, sama seperti medium fotografi yang lain – bagi saya hasil foto yang menarik akan membuatkan ianya tidak ditelan zaman.

Saya bersama sama kawan-kawan satu seangkatan ( kamerakotak x Under50street) menganjurkan beberapa outing, dengan tujuan memberi sesi perkongsian tentang shoot film on the street’

Dengan ini, sekurangnya bagi kami dapat membantu komuniti filem agar terus berkembang maju kehadapan.

 

  1. Apakah nasihat anda bagi yang baru ingin mencuba ’Street photography’

Mula shoot! Tak kisah medium apa yang digunakan, janji dah expert perihal teknikal kamera itu. Boleh cuba follow street photographer yang berpengalaman. Perbanyakkan rujukan tentang streetphotography, bukan sahaja dari foto, dari video macam mana jurugambar shoot.