“Energi dan Ekspresi Dalam Penghasilan Foto live Muzik”

Dalam spektrum budaya adrenalin yang penuh dalam adegan muzik, tenaga dan ekspresi sesebuah band amatlah penting dalam sekeping ‘Concert photography’. Sebagai salah seorang fotografer yang berpusat di Kuala Lumpur, perkembangan scene muzik dikota ini mendorong minatnya melibatkan diri dalam genre ini.  

Upload Image...

Boleh anda ceritakan serba sedikit latar belakang diri anda?

Aizat Ady Ikram, fotografer berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Berkelulusan Sarjana Muda Kreatif Photomedia di UiTM Puncak Alam. Saya telah belajar fotografi sejak awal tahun 2010 di UiTM Seri Iskandar.

 

Bagaimanakah tercetusnya minat terhadap seni fotografi? Dan mengapakah ’Concert Photography’

Pada mulanya, minat saya terhadap fotografi tidak menonjol sehinggalah saya dipanggil untuk mengambil gambar kumpulan muzik pada tahun 2011. Kedengarannya agak klise, tetapi sebagai jurugambar, momen-momen yang dipetik oleh saya, menjadi ‘mata’ kepada orang sekeliling.

Saya gemar mengambil foto adegan rock kerana terdapat banyak pergerakan dan ekspresi wajah, dan perkara yang paling saya gemari mengenai adegan tersebut adalah interaksi antara kumpulan tersebut dengan orang ramai. Itu menunjukkan betapa dekatnya band ini terhadap peminatnya.

 

Didalam ’Concert photography’ siapakah yang sering menjadi ikon ataupun rujukan oleh anda?

International: Adam Elmakias, Joshua Hailing, Angela Owens, Elliot Ingham

Local: Ahmad Cipoi, Aszuan Alias, Arwah Mommuck

 

Elemen yang sering anda titik beratkan dalam penghasilan sekeping foto concert ?

Sebagai jurugambar konsert, saya rasa elemen terpenting dalam gambar adalah ekspresi sesebuah band tersebut. Perkara lain ialah ‘angle’, ya, ‘angle’ penting juga akan menjadikan gambar lebih hidup.

 

Apakah yang anda ingin penonton merasai ketika melihat foto anda ?

Sejujurnya, saya fikir tanpa foto-foto konsert, sukar bagi orang untuk membayangkan persekitaran konsert. Mereka tidak dapat merasakan tenaga dan keadaan persekitarannya.

Tetapi, dengan foto, anda sebenarnya dapat merasakan persekitaran konsert seperti sewaktu orang ramai bersorak, kepanasan yang dihasilkan oleh jumlah orang dan tentu saja, tenaga persembahan kumpulan itu sendiri. Foto-foto itu adalah saksi konsert, foto tersebut bercakap bagi saya. Itulah sebab utama mengapa terbentuknya 3rd Party Project 

 

Bagaimana musik/band underground mempengaruhi anda dalam kerjaya fotografer??

Saya suka menonton live muzik, dan pada masa yang sama, saya suka merakam detik-detiknya. Itulah sebab-sebab yang menarik perhatian saya untuk mengambil foto live muzik,

Sebagai peminat muzik, saya mendengar pelbagai genre muzik. Saya berpendapat bahawa “Pictures speak a thousand words”. Itulah sebabnya saya merakam detik-detik diatas stage oleh band-band muzik kerana saya rasa ia sangat berharga dan mempunyai tenaga dan perasaan yang ingin ditonjolkan oleh band tersebut.

 

Apakah nasihat anda bagi yang baru ingin mencuba ’Concert photography’.

Saya mendorong anda untuk berseronok di gig-gig kecil dahulu sebelum terus ke konsert yang lebih besar. Semakin kecil gig ataupun konsert tersebut, semakin banyak ekpresi terbaik dan menarik yang dapat anda potretkan. Dan jangan lupa untuk membuat research mengenai kumpulan yang anda gambar.

 

https://www.facebook.com/aadyikram

https://www.instagram.com/aizatadyikram/